Saturday, November 16, 2013

ESP Shaklee:menambah tenaga ketika hamil

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin buat sedikit perkongsian tentang bagaimana mengatasi keletihan ketika mengandung.

Kebanyakan wanita mengalami keletihan yang teruk pada trimester pertama (3 bulan pertama) kehamilan. Ini kerana pada waktu ini badan Ibu bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan Ibu sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Ditambah lagi dengan rasa mual dan muntah-muntah yang dialami oleh sesetengah wanita mengandung. Ini menyebabkan Ibu mengandung berasa sangat letih.


Pada trimester kedua, kebanyakan Ibu-Ibu merasakan tenaga mereka kembali ke "level" asal. Walaubagaimanpun, menjelang trimester ketiga, proses tumbesaran bayi yang semakin pantas ditambah lagi dengan keadan perut yang semakin membesar, mebuatkan segala aktiviti ringan menjadi semakin meletihkan dan watu tidur kurang menyelesakan.


Petua umum bagaimana mengatasi masalah keletihan ketika mengandung:


  1. Fahami apa yang badan anda cuba beritahu - Tidur lebih awal pada waktu malam ataupun mengambil sedikit masa di waktu siang untuk "short nap" memberi perbezaann yang besar dalam mengatasi keletihan. Jika anda seorang Ibu yang bekerja, mungkin boleh ambil sedikit masa (15 minit) sewaktu "lunch hour" untuk merehatkan mata/badan. Sekiranya keadaan sekeliling tidak mengizinkan, cuba ambil masa untuk bebesakn diri anda dari tekana kerja. berhenti seketika, pejamkan mata dan tenangkan fikiran.
  2. Pastikan makanan yang dimakan mampu membekalkan tenaga yang mencukupi Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.
  3. Minta bantuan pasangan - berbincang dengan pasangan anda tentang masalah keletihan yang anda alami.Minta pasangan anda untuk membantu anda melakukan kerja-kerja rumah agar beban anda berkurangan. Ingat, berbincang dengan baik. komunikasi dua hala yang baik mampu mengeratkan kasih sayang antara anda dan pasangan
  4. Posisi yang sesuai - bagi yang sudah memasuki trimester ke-3, perut yang semakin membesar boleh menyebabkan rasa kurang selesa ketika tidur. Cuba cari posisi yang selesa agar tidur anda tidak terganggu. wanita hamil juga terdedak kepada sakit belakang. pastikan anda duduk/baring dalam "posture" yang selesa untuk mengelakkan sakit sendi.
  5. Senaman ringan - lakukan senaman ringan yang disyorkan untuk wanita mengandung. Senaman ringan mampu membuatkan anda berasa lebih segar dan selesa. Pastikan senaman yang anda lakukan tidak membahayakan diri dan kandungan anda
Selain tips-tips seperti diatas, anda boleh juga mencuba makanan tambahan/supplement. Shaklee menwarkan produk yang baik untuk memberi anda tenaga yang berpanjangan


ESP adalah produk semula jadi keluaran Shaklee. Ia merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan amino acid penting. Ia terbulti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga selama berjam-jam lamanya. Selain membekalkan tenaga, ia juga membantu ibu-ibu tampil menwan sepanjang kehamilan kerana ia menjadikan ibu-ibu kelihatan awet muda, kulit lebih berseri dan anjal. 

Jadi kepada ibu-ibu yang ingin kekal bertenaga, bolah dapatkan ESP keluaran shaklee melalui saya. Hubungi 019-8324348 (call/sms/whatsapp) utk maklumat lanjut.

Wednesday, November 13, 2013

Folic acid dan spina bifida

Folic acid adalah salah satu vitamin dalam kumpulan vitamin B. Ia juga dikenali sebabgai vitamin B9. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Pengambilan folic acid sangat penting kerana:
  1. Folic acid membantu membina DNA baru dan membaiki DNA yang rosak di dalam sel. Oleh itu, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan bagi membantu penghasilan sel-sel baru. Kekurangan folic acid semasa mengandung boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
  2. Folic acid juga di perlukan dalam penghasilan sel darah merah. Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia berfungsi membawa oxygen dari paru-paru  ke seluruh badan. Semasa mengandung, tubuh kita memerlukan oxygen yang lebih banyak untuk dibekalkan kepada si Ibu dan bayi. Kekurangan folic acid akan mengakibatkan masalah kesihatan yang dipanggil Anemia, satu kondisi di mana tubuh si Ibu kekurangan sel darah merah. Ini bermakna, si ibu dan bayi dalam kandungan mengalami risiko kekurangan oxygen
  3. Folic acid juga penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf bayi. Dalam tahun 90-an, kajian dari pakar-pakar perubatan menunjukkan kekuranagn folic acid boleh menyebabkan kecacatan sistem saraf .
Apa itu spina bifida/neural tube defect?

Sistem saraf utama dalam tubuh badan manusia terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Saraf tunjang mula terbentuk dalam tubuh bayi semasa di peringkat awal kandungan. Spina bifida terjadi apabila saraf tunjang bayi gagal tertutup sepenuhnya menyebabkan kecacatan saraf tunjang dan tulang belakang bayi

Bagi yang belum mengetahui, ini adalah spina bifida.

Bayi yang menghidapi spina bifida akan mengalami beberapa komplikasi antaranya tidak dapat mengawal/menahan kencing atau berak, lumpuh di bahagian kaki, masalah pembelajaran dan kurang tumpuan.

Kajian menujukkan kekurangan folic acid adalah penyebab yang paling penting bagi spina bifida. Walau bagaimanapun, Ibu-Ibu sekalian tidak perlu bimbang. Spina bifida boleh dielakkan dengan memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan folic acid atau pengambilan supplement/makanan tambahan yang mengandungi folic acid

Kajian juga menunjukkan pengambilan folic acid tambahan di kalangan ibi-ibu mengandung dapat mengurangkan risiko spina bifida sebanyak 70%. Banyakkan??? Untuk mengurangkan risiko spina bifida, ibu-ibu di galakkan mengambil folic acid pada 3 bulan pertama kehamilan. Selepas, 3 bulan pertama, adalah digalakkan untuk meneruskan pengambilan folic acid kerana ia juga membantu mengelakkan anemia dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang.


B Complex keluaran Shaklee adalah vitamin semulajadi yang mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu kesihatan yang baik. Ia juga mengandungi Asid Folik yang sangat sesuai diamalkan untuk wanita yang bercadang untuk hamil. Sehari sebiji sudah pun mencukupi bagi bekalan asid folik untuk anda.

untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai B-complex keluaran Shaklee ini, jangan segan-segan untuk ajukan pertanyaan anda. Hubungi saya 019-8324348 (call/sms/whatsapp)

IBU MENGANDUNG: Makanan tambahan dan kepentingannya

Jika anda baru sahaja mengetahui yang anda mengandung, TAHNIAH saya ucapkan. Jika ini merupakan kandungan pertama anda, SELAMAT DATANG; anda akan melalui sebuah perjalanan yang menakjubkan!!



Semasa mengandung, kita bukan saja perlu meningkatkan jumlah makanan yang kita makan, tapi kita juga perlu memastikan makanan yang kita makan mengandungi nutrisi yang cukup bagi memastikan diri kita dan bayi dalam kandungan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan sepanjang proses kehamilan (bagi si ibu) dan proses tumbesaran (bagi bayi).

Semasa di dalam kandungan, satu-satunya cara bayi mendapat sumber nutrient adalah melalui Ibu. Apa sahaja yang Ibu makan dan minum, itulah nutrient yang akan diterima oleh bayi dalam kandungan. Oleh itu, adalah amat penting bagi bagi si Ibu untuk memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah makanan yang selamat dan mengandungi kandungan nutrient yang cukup untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan.

Tidak kira samada mengandung atau tidak, makanan yan seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi. Semasa mengandung, semua jenis nutrient diperlukan dalam kuantiti yang lebih  banyak menyebabkan nutrient yang kita perolehi dari sumber makanan tidak mencukupi. Oleh itu, makanan tambahan/supplement diperlukan bagi menanpung keperluan yang semakin meningkat.

Kelebihan mendapatkan nutrien yang mencukupi:
  1. Mengurangakn risiko kecacatan bayi semasa hamil
  2. Mengurangkan risiko kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan kurang berat semasa lahir
  3. Memastikan ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang prose kehamilan
  4. Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.
Antara makanan tambahan yang penting semasa mengandung:
  1. Iro- utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi. Kekurangan folic acid terutamanya di awal usia kandungan akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan saraf.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
Apa yang shaklee tawarkan untuk ibu2 mengandung:

  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga vitamin B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
Selain itu, ibu mengandung juga boleh mengambil:
  1. Vitamin C 
  2. ESP
***Khasiat dan kelebihan setaip makanan tambahan akan di bincangkan dalam topik2 yang seterusnya ^^