Pengambilan folic acid sangat penting kerana:
- Folic acid membantu membina DNA baru dan membaiki DNA yang rosak di dalam sel. Oleh itu, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan bagi membantu penghasilan sel-sel baru. Kekurangan folic acid semasa mengandung boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
- Folic acid juga di perlukan dalam penghasilan sel darah merah. Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia berfungsi membawa oxygen dari paru-paru ke seluruh badan. Semasa mengandung, tubuh kita memerlukan oxygen yang lebih banyak untuk dibekalkan kepada si Ibu dan bayi. Kekurangan folic acid akan mengakibatkan masalah kesihatan yang dipanggil Anemia, satu kondisi di mana tubuh si Ibu kekurangan sel darah merah. Ini bermakna, si ibu dan bayi dalam kandungan mengalami risiko kekurangan oxygen
- Folic acid juga penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf bayi. Dalam tahun 90-an, kajian dari pakar-pakar perubatan menunjukkan kekuranagn folic acid boleh menyebabkan kecacatan sistem saraf .
Sistem saraf utama dalam tubuh badan manusia terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Saraf tunjang mula terbentuk dalam tubuh bayi semasa di peringkat awal kandungan. Spina bifida terjadi apabila saraf tunjang bayi gagal tertutup sepenuhnya menyebabkan kecacatan saraf tunjang dan tulang belakang bayi
![]() |
Bagi yang belum mengetahui, ini adalah spina bifida. |
Bayi yang menghidapi spina bifida akan mengalami beberapa komplikasi antaranya tidak dapat mengawal/menahan kencing atau berak, lumpuh di bahagian kaki, masalah pembelajaran dan kurang tumpuan.
Kajian menujukkan kekurangan folic acid adalah penyebab yang paling penting bagi spina bifida. Walau bagaimanapun, Ibu-Ibu sekalian tidak perlu bimbang. Spina bifida boleh dielakkan dengan memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan folic acid atau pengambilan supplement/makanan tambahan yang mengandungi folic acid
Kajian juga menunjukkan pengambilan folic acid tambahan di kalangan ibi-ibu mengandung dapat mengurangkan risiko spina bifida sebanyak 70%. Banyakkan??? Untuk mengurangkan risiko spina bifida, ibu-ibu di galakkan mengambil folic acid pada 3 bulan pertama kehamilan. Selepas, 3 bulan pertama, adalah digalakkan untuk meneruskan pengambilan folic acid kerana ia juga membantu mengelakkan anemia dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
B Complex keluaran Shaklee adalah vitamin semulajadi yang mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu kesihatan yang baik. Ia juga mengandungi Asid Folik yang sangat sesuai diamalkan untuk wanita yang bercadang untuk hamil. Sehari sebiji sudah pun mencukupi bagi bekalan asid folik untuk anda.
untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai B-complex keluaran Shaklee ini, jangan segan-segan untuk ajukan pertanyaan anda. Hubungi saya 019-8324348 (call/sms/whatsapp)
No comments:
Post a Comment