Semasa mengandung, kita bukan saja perlu meningkatkan jumlah makanan yang kita makan, tapi kita juga perlu memastikan makanan yang kita makan mengandungi nutrisi yang cukup bagi memastikan diri kita dan bayi dalam kandungan kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan sepanjang proses kehamilan (bagi si ibu) dan proses tumbesaran (bagi bayi).
Semasa di dalam kandungan, satu-satunya cara bayi mendapat sumber nutrient adalah melalui Ibu. Apa sahaja yang Ibu makan dan minum, itulah nutrient yang akan diterima oleh bayi dalam kandungan. Oleh itu, adalah amat penting bagi bagi si Ibu untuk memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah makanan yang selamat dan mengandungi kandungan nutrient yang cukup untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan.
Tidak kira samada mengandung atau tidak, makanan yan seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi. Semasa mengandung, semua jenis nutrient diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak menyebabkan nutrient yang kita perolehi dari sumber makanan tidak mencukupi. Oleh itu, makanan tambahan/supplement diperlukan bagi menanpung keperluan yang semakin meningkat.
Kelebihan mendapatkan nutrien yang mencukupi:
- Mengurangakn risiko kecacatan bayi semasa hamil
- Mengurangkan risiko kelahiran pramatang (tidak cukup bulan) dan kurang berat semasa lahir
- Memastikan ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang prose kehamilan
- Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.
- Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya.
- Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi. Kekurangan folic acid terutamanya di awal usia kandungan akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan saraf.
- Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
- Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
- Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
- B Complex - lengkap dengan 8 keluarga vitamin B termasuk folic acid
- Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
- Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
- Vitamin C
- ESP
No comments:
Post a Comment