Saturday, November 16, 2013

ESP Shaklee:menambah tenaga ketika hamil

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin buat sedikit perkongsian tentang bagaimana mengatasi keletihan ketika mengandung.

Kebanyakan wanita mengalami keletihan yang teruk pada trimester pertama (3 bulan pertama) kehamilan. Ini kerana pada waktu ini badan Ibu bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan Ibu sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Ditambah lagi dengan rasa mual dan muntah-muntah yang dialami oleh sesetengah wanita mengandung. Ini menyebabkan Ibu mengandung berasa sangat letih.


Pada trimester kedua, kebanyakan Ibu-Ibu merasakan tenaga mereka kembali ke "level" asal. Walaubagaimanpun, menjelang trimester ketiga, proses tumbesaran bayi yang semakin pantas ditambah lagi dengan keadan perut yang semakin membesar, mebuatkan segala aktiviti ringan menjadi semakin meletihkan dan watu tidur kurang menyelesakan.


Petua umum bagaimana mengatasi masalah keletihan ketika mengandung:


  1. Fahami apa yang badan anda cuba beritahu - Tidur lebih awal pada waktu malam ataupun mengambil sedikit masa di waktu siang untuk "short nap" memberi perbezaann yang besar dalam mengatasi keletihan. Jika anda seorang Ibu yang bekerja, mungkin boleh ambil sedikit masa (15 minit) sewaktu "lunch hour" untuk merehatkan mata/badan. Sekiranya keadaan sekeliling tidak mengizinkan, cuba ambil masa untuk bebesakn diri anda dari tekana kerja. berhenti seketika, pejamkan mata dan tenangkan fikiran.
  2. Pastikan makanan yang dimakan mampu membekalkan tenaga yang mencukupi Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.
  3. Minta bantuan pasangan - berbincang dengan pasangan anda tentang masalah keletihan yang anda alami.Minta pasangan anda untuk membantu anda melakukan kerja-kerja rumah agar beban anda berkurangan. Ingat, berbincang dengan baik. komunikasi dua hala yang baik mampu mengeratkan kasih sayang antara anda dan pasangan
  4. Posisi yang sesuai - bagi yang sudah memasuki trimester ke-3, perut yang semakin membesar boleh menyebabkan rasa kurang selesa ketika tidur. Cuba cari posisi yang selesa agar tidur anda tidak terganggu. wanita hamil juga terdedak kepada sakit belakang. pastikan anda duduk/baring dalam "posture" yang selesa untuk mengelakkan sakit sendi.
  5. Senaman ringan - lakukan senaman ringan yang disyorkan untuk wanita mengandung. Senaman ringan mampu membuatkan anda berasa lebih segar dan selesa. Pastikan senaman yang anda lakukan tidak membahayakan diri dan kandungan anda
Selain tips-tips seperti diatas, anda boleh juga mencuba makanan tambahan/supplement. Shaklee menwarkan produk yang baik untuk memberi anda tenaga yang berpanjangan


ESP adalah produk semula jadi keluaran Shaklee. Ia merupakan sumber protein yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan amino acid penting. Ia terbulti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga selama berjam-jam lamanya. Selain membekalkan tenaga, ia juga membantu ibu-ibu tampil menwan sepanjang kehamilan kerana ia menjadikan ibu-ibu kelihatan awet muda, kulit lebih berseri dan anjal. 

Jadi kepada ibu-ibu yang ingin kekal bertenaga, bolah dapatkan ESP keluaran shaklee melalui saya. Hubungi 019-8324348 (call/sms/whatsapp) utk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment